Ketua Pegawai Eksekutif ECSB, Sheon Soo Huan berkata, pihaknya percaya bahawa pengiklanan jenis papan iklan LED bukanlah hanya untuk syarikat besar atau ‘The Big Boys’.

Ketua Pegawai Eksekutif ECSB, Sheon Soo Huan
Ketua Pegawai Eksekutif ECSB, Sheon Soo Huan 

Katanya, dengan hanya RM99 sebulan untuk satu siaran ECSB menawarkan Pakej Sambutan Perayaan Malaysia bermula 27 September 2018 sehingga Februari 2019.

“Tempahan boleh dibuat melalui LAZADA yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Alibaba atau melalui www.myemphasise.com.

“Dalam pasaran yang sangat kompetitif hari ini, kami memberi peluang kepada PKS untuk menjenamakan perniagaan mereka
serta menjangkau pelanggan yang berpotensi dengan lebih berkesan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

ECSB merupakan syarikat baharu bertapak dalam industri pengiklanan.

Pengiklanan digital luar didapati mampu menonjolkan jenama melalui paparan yang cerah dan terang dan seringkali menarik perhatian pengguna jalan raya dengan serta-merta.

Iklan bukan hanya untuk produk dan perkhidmatan, ia juga boleh digunakan sebagai medium hebahan maklumat bagi aktiviti komuniti, program kesedaran, acara pelancaran malah juga pengumuman perkahwinan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif ECSB, Jeffrey Tham berkata, sebanyak lima papan iklan LED milik syarikat itu akan mula beroperasi pada 8 Oktober di Bulatan Jalan Loke Yew berhampiran Jalan Sungai Besi. 

Jelasnya, tujuh lagi paparan iklan akan mula beroperasi pada bulan November menjadikan keseluruhan sebanyak 27 paparan iklan pada akhir 2018.

“Kami dalam usaha untuk mendapatkan sebanyak 120 paparan iklan menjelang 2020 bagi membantu lebih ramai pengiklan menjangkau sasaran pelanggan mereka kerana kami ingin mengubah persepsi bahawa pengiklanan LED hanya untuk syarikat mega.

“Pengiklan juga akan dikenakan caj kos pentadbiran sebanyak RM3,000 yang meliputi lesen, utiliti, penyelenggaraan dan pengurusan bahan iklan,” katanya.