Pengarah Urusannya, Datuk Lim Keng Cheng berkata, segmen hartanah dengan nilai pemba­ngunan kasar (GDV) RM7.81 bi­lion turut memberi sumbangan signifikan kepada syarikat.

Meskipun begitu, katanya, sya­rikat akan terus mengintai peluang mendapatkan lebih banyak lagi projek dalam usaha meneruskan momentum pertumbuhan yang mantap.

Jelas beliau, antara tender yang sedang dibida termasuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Transit Aliran Massa (MRT) dan beberapa lebuh raya.

“Kami yakin prospek bagi segmen infrastruktur terus positif dengan beberapa projek mega yang akan dilaksanakan di dalam negara beberapa tahun akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tahun ini, Ekovest menerima kelulusan bagi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2A dan melupuskan 40 peratus kepentingannya dalam DUKE kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Syarikat turut mengambil bahagian dalam pembinaan Le­buhraya Pan Borneo menerusi usaha sama (JV) dengan Samling Resources Sdn. Bhd., berpangkalan di Miri bagi membangunkan laluan sejauh 95.4 kilo­meter di Sarawak di bawah kontrak bernilai RM2.11 bilion

Lebuhraya Pan Borneo adalah satu rangkaian laluan persekutuan yang menghubungkan Sarawak, Brunei dan Sabah.

Menurut Keng Cheng, Jun lalu, unit Ekovest, Ekovest KL Bund Sdn. Bhd., memperoleh kelulusan secara prinsipal daripada kerajaan ke atas cadangan pembangunan Kuala Lumpur (KL) River City di Gombak.

“Projek KL River City, juga dikenali se­bagai Sungai Nadi Ke­­hidupan, ialah pembangunan tebing­an Sungai Gombak se­panjang 3 kilo­me­ter.

“Ia meliputi kawa­san pembangunan ber­potensi kira-kira 129.5 hektar, melibatkan EkoGateway, EkoPark Place, Eko­Avenue, EkoTitiwang­sa dan EkoQuay,” kata­nya.