Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ejen Farm Fresh mampu tingkat jualan sehingga RM600,000 sebulan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencuba susu lembu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencuba susu lembu kurma ketika mengadakan lawatan kerja ke Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah dekat Rompin, kelmarin. utusan/MAHATHIR ALI

ROMPIN 12 Mac – The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. (­Holstein) yang merupakan pengeluar susu jenama Farm Fresh berjaya melahirkan seramai 300 ejen pengedar dengan jualan sehingga RM600,000 sebulan. 

Berikutan permintaan yang tinggi ke atas rangkaian susu keluaran Farm Fresh itu, Holstein menyasarkan seramai 45 penternak kontrak bagi membekalkan 400,000 liter susu mentah setiap bulan. 

Pengarah Urusan dan Pengasas Holstein, Loi Tuan Ee berkata, pembekalan berkenaan dijangka menghasilkan pendapatan berjumlah RM600,000 kepada para penternak kontrak atau dikenali sebagai peladang satelit. 

“Sebagai permulaan, seramai enam peserta dipilih bagi kumpulan pertama dengan membekalkan sebanyak 30 ekor lembu tenusu setiap seorang. 

“Mereka akan dilatih dan diberi panduan untuk menghasilkan susu mentah bermutu tinggi yang mengikut piawaian antarabangsa serta meningkatkan pengeluaran sehingga 20 peratus,” katanya kepada pemberita di Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) di sini semalam. 

Sementara itu seorang peladang satelit, Asmawi Jasin, 45, berkata, dia berbangga kerana dipilih sebagai peserta bagi membekalkan susu segar untuk pa­saran tempatan. 

Sebagai seorang peladang satelit, kata bekas jurutera itu, dia hanya menyediakan kandang dan menjaga ternakan yang dibekalkan Holstein.

“Dari segi pasaran saya tidak perlu bimbang kerana diuruskan Holstein,” katanya.

Dalam pada itu seorang pengedar, Murtadza Zaim Mohd. Zain, 34, berkata, dia mampu menghasilkan jualan lebih RM600,000 sebulan dengan hanya menjual susu dari rumah dan di pasar tani. 

“Pada peringkat awal iaitu pada Oktober 2015, jualan hanya sehingga RM4,000 sebulan. Saya memfokuskan jualan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. 

“Selepas setahun, saya menjadi pengedar dengan seramai 53 ejen,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain