Pengerusi Axiata, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Poh Lin memiliki kelulusan Kepujian Kelas Pertama (BA and MEng) dalam Kejuruteera­an dan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Cambridge.

Beliau juga merupakan pe­nerima Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia dan Biasiswa Cambridge Commonwealth Trust dan memiliki 18 tahun pengalaman dalam perundingan pengurusan, penyelidikan akademik dan pengurusan pelaburan.

“Kami berbesar hati menerima kehadiran Poh Lin dalam Lembaga Pengarah Axiata dan Kumpulan sentiasa berusaha membina komposisi Lembaga Pengarah yang memiliki kepelbagaian latar belakang, kepakaran perniagaan yang relevan serta pengalaman global.

“Poh Lin memiliki sarjana dan berpengalaman dengan pengalaman korporat global berprofil tinggi, pe­ngalaman Lisa dalam dunia perniagaan, teknologi dan kewa­ngan yang berdaya saing akan memberikan sumbangan besar kepada Lembaga Pe­ngarah,” katanya da­lam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim berkata, pengalaman yang dimiliki Poh Lin akan menambah lagi kepelbagaian dan dimensi Lembaga Pengarah Axiata.