Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

DNC Asiatic kerjasama dengan Motul di Sri Lanka

TAN Peng Kee (kanan) bersalaman dengan wakil MOTUL Sri Lanka iaitu
TAN PENG KEE (kanan) bersalaman dengan wakil MOTUL Sri Lanka iaitu Pengarah Transmec International (Pvt) Ltd, Asela Lihinikaduwa dalam majlis pemeteraian perjanjian kerjasama antara Demak Sales and Services Sri Lanka dan Motul di Colombo, Sri Lanka baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Pengeluar dan pemasang motosikal jenama Demak, DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. menerusi anak syarikatnya, Demak Sales and Services Sri Lanka mengumumkan pemeteraian perjanjian kerjasama dengan pengeluar pelincir terkenal dunia, Motul.

Pengurus Besar Operasi DNC Asiatic Sdn. Bhd., Tan Peng Kee berkata, kerjasama tersebut melibatkan pemeteraian Motul sebagai jenama pelincir yang dicadangkan untuk kegunaan semua motosikal Demak yang dijual di Sri Lanka.

Menurutnya, Transmec International (Pvt) Ltd. yang merupakan pengedar sah Motul di Sri Lanka akan membekal dan menjual produk pelincir Motul di ke­semua rangkaian pengedar Demak di seluruh Sri Lanka.

“Perjanjian kerjasama ini sememangnya memberi peluang bagi kedua-dua jenama ini berkembang dengan lebih meluas seiring teknologi dan kepakaran masing-masing.

“Demak amat berbangga dapat bekerjasama dengan Motul yang juga merupakan sebuah jenama minyak pelincir terkenal di dunia dan menjadi satu daripada penaja bagi perlumbaan Moto GP sejak 2014 sehingga kini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

DNC Asiatic merupakan satu-satunya pengeluar dan pemasang motosikal yang mempunyai dua kilang utama di Kuching, Sarawak dan sebuah lagi kilang di Semenanjung yang terletak di Selangor.

Mengulas lanjut, Peng Kee berkata, Demak Sri Lanka memiliki 143 pengedar sah dan 34 pusat mega yang menyediakan per­khidmatan alat ganti serta servis di seluruh Sri Lanka.

Katanya, semua model Demak yang dijual di Sri Lanka adalah dipasang terus di negara berkenaan dan mendapat sambutan menggalakkan dengan purata jualan sebanyak 1,000 buah sebulan.

“Jenama Demak begitu cepat berkembang di Sri Lanka sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jadi melalui kerjasama de­ngan Motul ini, kita akan berkongsi kerjasama teknologi bagi meningkatkan keupayaan dan kepakaran jurutera serta rangkaian pengedar di seluruh Sri Lanka.

“Demak juga akan mencadangkan penggunaan minyak pelincir Motul bagi sebelum dan selepas tempoh jaminan supaya dapat mengekalkan keupayaan dan ketahanan enjin motosikal jenama Demak,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain