Bertemakan Buka Pu­asa, Buka Rasa, Fazley menghasilkan dua minuman edisi istimewa iaitu Bandung Sago Pearl Milk Tea dan Cendol Sago Milk Tea sebagai memenuhi permintaan pelanggan Chatime sempena musim pera­yaan.

Menurut Fazley, beliau amat terharu dan berbangga apabila diberikan peluang untuk bekerjasama de­ngan Chatime yang kebetulan juga merupakan minuman kegemarannya bersama keluarga sejak dahulu lagi.

“Apabila ditawarkan peluang untuk kerjasama ini, sudah pastinya saya berasa teruja kerana selama ini sudah memasang angan-angan untuk menghasilkan resipi minuman istimewa jenama Chatime,” katanya ketika ditemui di majlis tersebut.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia Sdn. Bhd., Aliza Ali dan Pengarah Eksekutifnya, Widayu Latiff.

Pada majlis itu, Fazley turut melakukan demonstrasi penyediaan dua minuman tersebut yang mengetengahkan sago sebagai bahan istimewa sambil dibantu oleh Aliza serta Widayu.

Sementara itu, Aliza memberitahu, pengalaman dan minat Fazley dalam mempelbagaikan resipi bi­­dang kulinari menjadi se­bab utama pemilihannya sebagai wajah kempen sempena Ramadan kali ini.

“Datuk Fazley bukan sahaja menjadi wajah kempen, malah resipi bagi minuman kerjasama sempena Ramadan ini yang telah dihasilkan olehnya sendiri,” kata Aliza.

Bandung Sago Pearl Milk Tea dan Cendol Sago Milk Tea dijual pada harga RM8.90 setiap satu dan boleh diperoleh di seluruh cawangan Chatime di Malaysia seminggu sebelum Ramadan dan berakhir pada minggu awal Aidilfitri.