Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dana ketiga MDV bernilai RM1 bilion sasar kepada 300 syarikat

Johari Abdul Ghani melakukan pelancaran dana ketiga MDV sambil
Johari Abdul Ghani melakukan pelancaran dana ketiga MDV sambil diperhatikan oleh Zarinah Anwar (kiri) dan Md. Zubir Ansori Yahaya (kanan) di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR 5 Sept. – Malaysia Debt Ventures Bhd. (MDV) menyasar untuk menyalurkan pinjaman kepada 300 syarikat menerusi dana ketiga yang bernilai RM1 bilion dengan potensi pembiayaan sehingga RM4 bilion.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Md. Zubir Ansori Yahaya berkata, dana terbaharu yang diraih melalui Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) akan digunakan untuk membiayai kira-kira 500 projek berkaitan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

Katanya, MDV sebelum ini menguruskan dana bernilai RM1.6 bilion diperoleh daripada Japan Bank For International Cooperation (JBIC) pada 2002 dan terbitan RM1.5 bilion menerusi IMTN pada 2008.

Kali ini jelas beliau, MDV akan memberi tumpuan pembiayaan bagi teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan, realiti maya dan pencetakan empat dimensi (4D).

“Bagi dana ketiga, MDV sudah mengenal pasti kira-kira 15 syarikat, dengan projek bernilai kira-kira RM100 juta meliputi segmen pencetakan tiga dimensi (3D), robotik, e-dagang dan lain-lain.

“Pembiayaan RM100 juta ini dijangka diagihkan dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran dana ketiga baharu di sini hari ini.

Majlis itu telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani dan Pengerusi MDV, Tan Sri Zarinah Anwar.

Dengan pelancaran dana ketiga, MDV akan berupaya meneruskan peranannya dalam sektor teknologi dan memastikan syarikat-syarikat berkenaan sentiasa mempunyai pembiayaan segera untuk memenuhi mandat mereka dalam menyokong agenda teknologi Malaysia.

Sejak ditubuhkan pada 2002, MDV telah mengeluarkan pembiayaan lebih RM11 bilion kepada lebih 680 syarikat teknologi meliputi kira-kira 773 projek dalam pelbagai bidang teknologi.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan 82 peratus daripada syarikat yang menerima pembiayaan, daripada jumlah itu 68 peratus adalah syarikat bumiputera.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain