Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Damansara Realty, Brian Iskandar Zulkarim berkata, anak syarikat Petronas Refinery and Petrochemical Corp Sdn. Bhd. iaitu PRPC Utilities and Facilities Sdn. Bhd. menganugerahkan surat anugerah (LOA) kepada konsortium yang dianggotai TMR Consortium dan dua syarikat lain iaitu ACME Security Sdn. Bhd. dan AHS Security Sdn. Bhd.

Katanya, tempoh kontrak tersebut adalah selama 21 bulan dengan anggaran nilai kontrak RM26.21 juta serta perkhidmatan pilihan bernilai RM9.77 juta.

“Perkhidmatan pilihan (jika diberikan) juga akan diperuntukkan antara pihak konsortium dalam tempoh kontrak yang sama,” katanya dalam kenya­taan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Tambahnya, di bawah kontrak berkenaan, TMR Consortium akan bertanggungjawab mengendali dan mengekalkan keselamatan untuk utiliti, perhubungan dan kemudahan di luar tapak RAPID yang merupakan projek mega kedua di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang, Johor.

“Projek ini dijangka memberi impak positif kepada pendapatan dan aset bersih Damansara Realty bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017,” katanya.