Timbalan Pengerusi Eksekutif DNeX, Datuk Samsul Husin berkata, berdasarkan statistik Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), sebanyak 500,000 laporan tuntutan insurans direkodkan pada tahun lalu bagi pembaikan kerosakan kenderaan yang berpunca daripada pelbagai faktor.

“Sistem kami menyediakan maklumat komprehensif termasuk alat ganti, harga, buruh dan tempoh membaiki. Penggunaan sistem berkomputer bermatlamat untuk menjadikan proses tuntutan lebih telus dan cekap dengan menyediakan data yang lengkap berkenaan tahap kerosakan sesebuah ken­deraan dengan bantuan imej tiga dimensi (3D),’’ katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Audatex APAC, Brian Seldess; Ketua Pegawai Eksekutif Dagang Net, Wan Ahmad Syatibi Wan Abdul Manan dan Pengurus Negara Audatex, Charlie Ting.