Ketua Pegawai Eksekutif Cradle, Nazrin Hassan berkata, pengenalan produk baharu ini sejajar dengan hasrat Cradle bagi merombak produk geran agensi berkenaan sebelum ini iaitu CIP Catalyst dan CIP500.

"Program ini bertujuan untuk membantu usahawan dan syarikat permulaan bagi membangun dan mengkomersialkan produk mereka.

"Walaupun jumlah geran bagi produk baharu ini lebih rendah iaitu RM300,000, namun ciri utama CIP300 adalah nilai tambah yang lebih bermanfaat termasuk program latihan sepanjang tempoh pemberian dana," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran CIP300 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE