Pengeluar produk Clean Sprayz, Success Rich Marketing, Amiruddin Ahmad berkata, tompokan pada pakaian boleh mendatangkan tekanan kerana walaupun hanya sedikit kekotoran boleh mencacatkan penampilan. 

"Menyedari masalah itu, syarikat kami memperkenalkan produk pembersih Clean Sprayz yang mampu menghilangkan kotoran melekat pada pakaian atau sebarang fabrik dalam tempoh 30 saat tanpa perlu merendam dalam air.

"Pembersih jenis semburan yang diformulasi tanpa bahan peluntur dan tidak akan merosakkan warna fabrik ini mampu mencuci pelbagai jenis kotoran hanya dengan tiga cara ringkas iaitu

sembur, gosok dan lap," katanya.

Beliau berkata demikian sempena program promosi Menghilangkan Kotoran 100 Tudung Serentak Dalam Masa 30 Saat di Kemensah dekat sini.

Amiruddin menjelaskan, keunikan produk pencuci segera tersebut terletak pada kandungan ekstrak pewanginya yang mampu menghilangkan bau-bauan kurang menyenangkan terutama tumpahan makanan dan paling menjimatkan adalah tahan hingga 200 semburan.

Katanya lagi, Clean Sprayz adalah penyelesaian amat mudah dengan kadar segera tanpa perlu mengeluarkan belanja besar dan paling penting, semburannya praktikal untuk digunakan pada bila-bila masa kerana saiz botolnya yang kecil dan mudah dibawa.

"Hanya perlu sembur pada kotoran dan kemudian digosok dan dilap dengan tisu basah hingga hilang.

“Tanpa perlu bersusah payah, kaedah pembersihan yang ringkas ini sangat mudah dan pantas serta sesuai untuk semua jenis fabrik," katanya.

Menurutnya, Clean Sprayz berharga RM35 sebotol diperkenalkan pada pertengahan Mei lalu dan dijual sebanyak 10,000 unit dalam masa tujuh hari selepas dilancarkan menerusi jualan dalam talian.

Ujar beliau, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 50,000 botol berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima setakat ini. - UTUSAN ONLINE