CIMB memaklumkan, pinjaman dan pembiayaan berdasarkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing juga akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus.

“Semua perubahan kadar akan berkuat kuasa 2 Februari 2018,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jawatankuasa Dasar Mone­tari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

Menurut BNM, tindakan awal perlu diambil untuk memastikan bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar bagi memben­dung peningkatan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah yang terlalu rendah untuk tempoh masa yang lama.

Jelasnya, dengan ekonomi negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan, MPC mengambil keputusan untuk mengembalikan dasar mo­netari ke paras yang wajar.

“Peningkatan ini seiring de­ngan pertumbuhan ekonomi yang kukuh merentas rantau dan perdagangan global terus mencatat prestasi yang baik. Ringgit yang semakin kukuh berbanding pada tahun lalu akan mengurangkan kos import,” jelasnya.