TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ

Bagaimanapun, CIMB Group mengesahkan pita tersebut tidak mengandungi sebarang maklumat pengesahan peribadi se­perti Nombor Pengesahan Peribadi (PIN), kata laluan atau nombor Nilai PengesahanKad (CVV).

“Sesetengah pita tersebut mengandungi maklumat tertentu pelanggan CIMB Bank dan anak-anak syarikatnya. Berikutan siasatan menyeluruh dan terperinci, pihak bank mendapati tiada bukti bahawa maklumat tersebut telah dikompromi sama sekali,” menurut CIMB Group dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak bank memilih untuk mengambil langkah konservatif dalam menitikberatkan keselamatan dan perlindu­ngan data, dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa selain mengandakan usaha untuk melindungi kepentingan para pelanggan.

Oleh kerana pita tersebut me­ngandungi data sokongan, maklumat pelanggan ma­­­sih lagi bersama CIMB.

Berikutan insiden itu, CIMB telah memberhentikan sementara beberapa perkhidmatan melalui telefon seperti penukaran alamat, nombor telefon, e-mel bagi kad debit serta kad kredit; pemindahan wang/urusan pembayaran tanpa T-PIN dan permintaan T-PIN baharu.

“Buat masa ini, tiada apa-apa langkah yang perlu diambil para pelanggan. Bagaimanapun, CIMB menyarankan agar para pelanggan sentiasa berwaspada dan jika curiga, sila rujuk saluran maklumat rasmi CIMB sama ada melalui laman web utama, pusat panggilan perkhidmatannya atau cawangannya di seluruh negara.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, pihaknya mengambil berat akan tanggungjawab terhadap para pelanggan dan yakin langkah-langkah tambahan tersebut akan terus memelihara keselamatan transaksi para pelanggan.

“Walaupun ini adalah satu insiden terpencil, kami telah mengkaji semula dan mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan memperbaiki proses kami untuk memastikan ia tidak berulang.

“Kami juga memohon maaf jika peningkatan tahap dan langkah-langkah keselamatan buat masa ini menyulitkan pelanggan.

Ketahuilah bahawa kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani sebarang risiko susulan insiden ini,” katanya. – BERNAMA