Empat pencera­mah tersebut adalah Pengarah Urusan Global Tenaga, Per­sekitaran dan Utiliti Industri IBM, Brad Gammons, Pe­ngurus Serantau Pembangunan Perniagaan Tesla Energy Asia Pasific, Lara Olsen; Naib Presiden Kanan Kumpulan Bahagian Grid Kuasa Asia Selatan, Asia Barat dan Afrika ABB Group, Venu Nuguri serta Rakan Kanan McKinsey & Company, Dr. Jonathan Woetzel.

Ketua Pegawai Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Roslan Ab. Rahman berkata, empat pakar berkenaan bersama ahli panel ter­kenal lain akan berkongsi trend terkini, amalan terbaik dan cabaran yang di­hadapi dalam se­tiap bidang yang diceburi.

“Para peserta yang hadir juga berpeluang untuk bertemu, ber­kongsi pengalaman dan meneroka idea-idea baharu dengan pembuat dasar, pemimpin industri dan individu berpengaruh dalam industri bekalan tenaga,” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Tambah Roslan, TNB meng­anjurkan CEPSI 2018 bagi pihak Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP).

Katanya, kali terakhir TNB me­nganjurkan persidangan itu adalah pada tahun 1996.

“Lebih 1,500 delegasi yang terdiri daripada pemimpin, eksekutif kanan, pegawai kerajaan dan profesional dari seluruh dunia akan mengambil bahagian pada persidangan kali ini.

“Saya percaya CEPSI 2018 bakal menjadi acara paling bermakna buat ahli-ahli AESIEAP,” kata beliau.

Orang ramai boleh melayari laman web www.cepsi2018kl.org untuk maklumat lanjut mengenai CEPSI 2018.