Rohana Rozhan
ROHANA

Menurut Astro, di bawah pentadbiran beliau, pelanggan Astro meningkat daripada dua juta kepada 5.5 juta orang, manakala perolehan berkembang daripada RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion bagi tahun kewangan ber­akhir 31 Januari 2018.

“Jawatan Rohana akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pengguna Kumpulan Astro, Henry Tan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Astro menegaskan bahawa syarikat berkenaan bukan syarikat milik kerajaan (GLC) mahupun syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC).

"Pelantikan kakitangan eksekutif Astro tidak terlibat dengan sebarang pelantikan kerajaan atau politik," kata Astro. - UTUSAN ONLINE