Ketua Pemasaran Prabayar dan Pascabayar Celcom, Daren Victor berkata, produk tersebut kini ditawarkan di semua negeri dan 107 daerah.

Jelas beliau, Celcom Home Wireless menggunakan modem Huawei B618 yang mana ia tidak memerlukan pemasangan pada dinding atau sambungan fiber optik di kawasan rumah.

“Para pelanggan bakal menik­mati penjimatan besar berban­ding pakej jalur lebar yang disediakan oleh operator lain. Kami menawarkan data sehingga satu terabait (TB), tanpa bayaran pendahuluan dan caj tersembunyi, modem percuma (harga runcit RM1,500) serta polisi pemula­ngan dalam tempoh 30 hari.

“Terdapat tiga pakej iaitu Home Wireless Gold yang berharga RM74.20 dengan data sebesar 25 gigabait (GB) berserta 40GB Walla, Home Wireless Gold Plus (RM106+50GB+100GB Walla) dan Home Wireless Platinum (RM159+150GB+1TB Walla). Tempoh langganan pakej ini adalah 24 bulan dan sambungan internet boleh digunakan sehingga 64 peranti,” katanya ketika pembentangan produk Celcom Home Wireless di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan; Ketua Penetapan Harga dan Pemasaran Runcit Celcom, Zuwairi Zakaria dan Pengurusan Produk (FMC) Celcom, A’an Sriyani.

Tambah Victor, Celcom Home Wireless boleh didapati secara eks­klusif di Pameran Hiasan Rumah (Homedec) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga 29 April serta berpeluang memenangi langganan percuma Home Wireless Gold dan Platinum selama setahun.

Katanya, pengguna Celcom First Gold Plus, Gold Supreme, Platinum dan Platinum Plus sedia ada akan menikmati rebat RM15 sebulan selama 24 bulan dengan melanggan Home Wireless Platinum semasa pameran Homedec.

Sementara itu, A’an Sriyani berkata, kelajuan purata capaian internet untuk produk itu adalah 30 megabait sesaat (Mbps) dan boleh mencapai sehingga 400Mbps.