Pengerusinya, Datuk Normala Abdul Samad berkata, Leonard memainkan peranan penting dalam menguruskan transformasi dan kejayaan CCMD sejak 2008 dan telah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan CCMD pada 2015.

Menurut beliau, Leonard bertanggungjawab dalam mengukuhkan kedudukan CCM untuk menjadi peneraju dalam industri farmaseutikal di Malaysia dan ASEAN.

“Ketua Pegawai Operasi yang juga Ketua Pegawai Kewangan CCMB, Nik Fazila Nik Mohamed Shihabuddin akan mengambil alih tempat Leonard sebagai Pengarah Urusan Kumpulan CCMB yang baharu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, kedudukan Lembaga Pengarah turut berubah apabila proses pengasingan tersebut selesai.

Normala akan melepaskan jawatan Pengerusi CCMD dan bakal digantikan oleh Tan Sri Siti Sa’diah Sh. Bakir. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif.

Datuk Mohamad Kamarudin Hassan pula akan mengambil alih jawatan Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif manakala Datuk Nik Moustpha Nik Hassan dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Sementara itu, Datuk Eisah A. Rahman, Puan Sri Rohani Abdullah, Razalee Amin, Zaiton Jamaluddin kekal sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif.

Dalam pada itu, Datuk Azmi Mohd. Ali yang memegang jawatan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif CCMD tidak akan mengisi kerusi lembaga pengarah. - UTUSAN ONLINE