LEONARD ARIFF ABDUL SHATAR
LEONARD ARIFF ABDUL SHATAR

Pengarah Urusan Kumpulan CCMB, Leo­nard Ariff Abdul Shatar menjelaskan, keputusan tersebut diambil bagi memperbaiki nisbah modal ke atas pinjaman iaitu daripada 0.7 kepada 0.6 selepas amalan korporat itu dilaksanakan.

Katanya, antara langkah yang bakal dilaksanakan adalah melalui penjualan tiga bidang tanah seluas 28.70 hektar di Shah Alam, Selangor pada pertimba­ngan tunai sebanyak RM190 juta kepada pihak ketiga yang dijangka selesai pada tahun 2018.

“Kami juga akan menilai semula aset-aset bukan teras untuk dilupuskan bagi memberi lebih kecairan untuk memperbaiki imbangan yang terdapat dalam kunci kira-kira syarikat.

“Selain penjual­an tanah, kami akan menerbitkan saham baharu sebanyak 10 pe­ra­tus daripada modal saham CCMB kepada pelabur de­ngan nilai RM67.6 juta. Kami menjangkakan terbitan saham baharu selesai pada bulan Oktober,” katanya dalam sidang akhbar CCM di sini hari ini.

Leonard Ariff menambah, CCM Duopharma Biotech Berhad (CCMD) tidak lagi berada di bawah CCMB sebagai anak syarikat menjelang penghujung tahun ini.

Menurut beliau, pengasingan tersebut membolehkan peme­gang saham CCMB akan menerima dividen dalam bentuk saham CCMD dengan nilai keseluruhan RM400 juta.

“Selepas pemberian dividen saham, pemegang saham CCMB secara tidak langsung akan mempunyai kepentingan dalam CCMD.

“Berikutan langkah penga­singan ini portfolio CCMB turut mengecil dengan fokus hanya tertumpu kepada produk kimia dan polimer sementara CCMD akan fokus dalam farmaseutikal,” ujarnya.

Dalam pada itu, Leonard Ariff memberitahu, selepas pengasi­ngan tersebut selesai, pegangan aktif Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam CCMD mening­kat lebih daripada 50 peratus berbanding empat peratus buat masa ini.