Menara Merdeka PNB118.

Pengarah Urusan Carrier Malaysia, Victor Yu berkata, pengejuk berkenaan yang akan dibekalkan kepada Merdeka PNB118 mampu mencapai prestasi koefisien sehingga 6.5 dalam kedudukan operasi Institut Penyaman Udara, Pemanasan dan Penyejukan.

“Kami memuji Merdeka PNB118 atas kepimpinannya dalam menggunakan teknologi pintar tenaga bagi membangunkan mercu tanda mesra alam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Carrier, peneraju dunia dalam penyelesaian pemanasan, penyejukan dan penyaman udara bertek­nologi tinggi ialah sebahagian daripada UTC Climate, Controls & Security, satu unit dalam United Techno­logies Corp. (NYSE: UTX).

Apabila siap pada 2020, Merdeka PNB118 setinggi 630 meter ini akan menjadi bangunan baharu pa­ling tinggi di Malaysia, me­ngatasi bangunan tertinggi sedia ada, Menara Kembar Petronas, menara kembar tertinggi di dunia.

Menara ini akan me­nempatkan syarikat-syarikat Kumpulan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) di 60 aras dengan 23 aras pejabat yang akan disewakan serta hotel mewah 17 tingkat dengan 236 bilik selain pelbagai lobi udara serta pelantar tinjau. – BERNAMA