boustead
 

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Boustead, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, keputusan tersebut dicapai berikutan pelaksanaan prosiding timbang tara oleh anak syarikat Kumpulan, MHS Aviation Bhd. (MHS), terhadap PCSB, dan seterusnya penamatan awal kontrak MHS untuk membekalkan lima helikopter EC225 untuk kegunaan JOPS.

Ujarnya, memandangkan semua pihak yang terlibat telah mencapai kata sepakat, MHS akan menarik balik prosiding penimbangtaraan PCSB selepas pembayaran penuh jumlah penyelesaian.

"Kami gembira kerana perkara ini akhirnya berjaya diselesaikan. Rundingan konstruktif dengan Petronas dan pihak lain telah membawa kepada penyelesaian adil untuk MHS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE