Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Boustead catat untung RM589 juta

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Boustead Holdings Bhd. mencatatkan keuntungan selepas cukai mencecah RM589 juta pada tahun kewang an berakhir 31 Disember 2016, meningkat empat kali ganda berbanding RM139 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Lodin Wok Kamarudin
Lodin Wok Kamarudin

Timbalan Pengerusi dan Pe­­ng­a­­rah Urusan Kumpulan Boustead, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata, untung sebelum cukai meningkat kepada RM740 juta berbanding RM269 juta pada tahun lepas.

Katanya, keputusan ini dicapai berasaskan perolehan yang berjumlah RM8.4 bilion.

“Asas yang teguh dan perniagaan yang pelbagai memboleh­kan kami menempuh segala cabaran dan mencatatkan pendapatan yang kukuh dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar.

“Ini disokong oleh keuntungan atas pelupusan, yang kami kekalkan dalam usaha menjana nilai untuk pemegang saham,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2016, untung selepas cukai kumpulan meningkat de­ng­an ketara kepada RM185 juta, jauh lebih baik berbanding defisit kurang daripada RM1 juta pada suku tahun yang sama tahun lepas.

Untung sebelum cukai bagi suku tahun yang dilaporkan meningkat kepada RM261 juta, manakala perolehan berjumlah RM2.42 bilion.

Pendapatan sesaham bagi tempoh setahun penuh ialah 20 sen, manakala pendapatan bersih sesaham berada pada paras RM3.40 pada 31 Disember 2016.

Segmen hartanah adalah penyumbang utama kepada keputusan kumpulan, dengan untung sebelum cukai RM324 juta berbanding RM139 juta bagi tempoh yang sama.

Ia dipacu terutamanya oleh keuntungan yang diraih atas pelupusan Jendela Hikmat, dengan pertimbangan berjumlah RM210 juta. Keuntungan daripada akti­viti pembangunan hartanah yang sedang dilaksanakan juga me­nyumbang kepada prestasi kukuh segmen itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain