Menurut laporan Bloomberg, peningkatan tersebut dibantu oleh pertumbuhan positif dalam perolehan dan pendapatan bersih syarikat.

Jelas laporan itu, jumlah insentif yang dibayar kepada Cook bagi tahun berakhir 30 September berjumlah RM38 juta.

“Beliau juga mendapat gaji sebanyak RM12.45 juta dan menerima ganjaran berbentuk ekuiti berjumlah RM363 juta. Keseluruhan bayaran untuk tahun ini berjumlah RM415 juta.

“Apple telah meningkatkan pemberian ganjaran ekuiti yang mana ia membantu para eksekutif untuk meningkatkan jumlah pendapatan pada masa depan,” jelas laporan itu di sini hari ini.

Tambah laporan itu, buat pertama kalinya bil perbelanjaan penerbangan pesawat peribadi Cook mencecah RM378,953.63.

Bagaimanapun jelasnya, per­belanjaan itu bukan atas urusan rasmi perniagaan.

“Lembaga pengarah Apple menetapkan pada tahun ini agar CEO menggunakan pesawat peribadi bagi urusan rasmi dan juga peri­badi atas faktor keselamatan. Kos keselamatan peribadi dianggarkan berjumlah RM912,559,” jelas laporan itu lagi. – AGENSI