Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bon Estate lancar The Estate GDV RM650 juta Ahad ini

Goh Soo Sing dan model projek pembangunan mewah The Estate.
Goh Soo Sing dan model projek pembangunan mewah The Estate.

KUALA LUMPUR 12 Mac – Pemaju hartanah, Bon Estate Sdn. Bhd. (Bon Estate) akan melancarkan projek pembangunan kediaman mewah utama, The Estate dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM650 juta di Bangsar South, di sini hujung minggu ini.

Pengarah Urusan Bon Estate, Goh Soo Sing berkata, The Estate satu-satunya projek pegangan bebas di kawasan terbabit akan menyediakan sebanyak 328 unit kediaman pada dua buah menara setinggi 46 tingkat serta empat tingkat tempat letak kenderaan.

Katanya, beliau menyasarkan antara 70 hingga 80 peratus unit kediaman tersebut habis ditempah para pelanggan menjelang hujung tahun ini, malah buat ketika ini, seba­nyak 45 peratus daripada keseluruhan unit telah mempunyai pemilik.

“The Estate akan dibina pada tanah berkeluasan 1.49 hektar dan dijangka mengambil masa sehingga 48 bulan atau empat tahun untuk siap sepenuhnya iaitu pada penghujung tahun 2020. Kediaman ini berharga antara RM1.7 juta hingga RM6 juta seunit.

“Terdapat 10 jenis unit berbeza bagi pembinaan ini dengan keluasan antara 2,519 hingga 7,057 kaki persegi terdiri daripada Single Key, Dual Key, Dual Key Duplex, Duplex Penthouse dan Skyhouse,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Bon Estate merupakan pemaju projek White Lily dan Minden Gardens terletak di Minden Heights, Pulau Pinang masing-masing menyediakan sebanyak 73 buah dan 94 buah rumah teres. Kedua-dua projek itu telah siap pada tahun 2012.

The Estate adalah projek utama pemaju itu di Lembah Klang yang menawarkan kehidupan holistik dengan ketumpatan rendah iaitu hanya empat unit setiap tingkat, keselesaan dengan empat ruang letak kenderaan bagi setiap unit serta pelbagai kemudahan mewah.

Projek mewah berkenaan dibina menggabungkan unsur semula jadi dan teknologi moden dengan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk cermin menapis sinaran ultra violet (UV) dan mengurangkan penggunaan tenaga, serta jubin Niro Granite.

Dengan lebih banyak pemaju membangunkan unit kediaman kecil terutama di kawasan Bangsar South antara 600 hingga 1,000 kaki persegi, Bon Estate memilih untuk memecahkan trend itu dengan 2,000 kaki persegi ke atas sebagai memenuhi segmen berbeza.

Menurut Soo Sing, pada masa depan Bon Estate akan memberi fokus untuk membangunkan projek di sekitar Lembah Klang, selain me­rancang dua lagi pelancaran projek menjelang tahun 2018, satu daripadanya terletak di Bukit Kiara.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain