Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BM 2017 tarik 400 usahawan wanita

Shahida Abd. Manap
Shahida Abd. Manap

SEREMBAN 7 Mac – Kumpulan Era Keusahawanan 2017 (BM 2017) berharap dapat menarik 400 usahawan wanita bumiputera dalam siri jelajah promosi anjuran mereka ke seluruh negara tahun ini.

Pengarah Kumpulannya, Shahida Abd. Manap berkata, jelajah itu akan diadakan di Melaka bulan depan selepas kali pertama dianjurkan di sini melibatkan kira-kira 25 usahawan baharu dan lama di ne­geri ini.

Beliau berkata, BM yang ditubuhkan bulan lalu bertujuan mengumpulkan usahawan wani­ta di bawah satu platform yang membolehkan mereka bergerak secara seiring.

“Ini membolehkan kami menjimatkan kos mengeluarkan modal terutamanya dalam menggerakkan aktiviti promosi yang dilakukan di bawah platform sama.

“Ia penting dalam persekitaran ekonomi yang mencabar ketika semua pihak cuba mengurangkan perbelanjaan sampingan seperti promosi,” katanya kepada para pemberita selepas majlis pelancaran kumpulan berkenaan di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar.

Shahida yang terlibat dalam perniagaan sabun berasaskan arang daripada pokok bakau memberitahu, sehingga kini pihaknya sudah mengumpulkan 25 usahawan wanita yang terbabit dalam produk kesihatan, kecantikan, makanan dan pakaian.

Sementara itu, Norhayati menggesa usaha ditumpukan untuk membina keluarga usahawan bagi meneruskan kesinambungan generasi ahli perniagaan.

Katanya, ia penting bagi memastikan sesuatu perniagaan yang dibangunkan dan dimajukan dapat diteruskan oleh gene­rasi baharu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain