Pengarah Urusannya, Na Boon Aik berkata, syarikat juga meraih RM39.55 juta daripada penerbitan IPO yang  telah terlebih langganan sebanyak 34.23 kali menerbitkan 13 juta saham baharu.

"Penerbitan IPO yang diraih ini akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan dan kemudahan operasi termasuk menyediakan teleport baharu, meluaskan perniagaan optik fiber dan perkhidmatan rangkaian telekomunikasi mudah alih.

"Kami juga berbangga dengan hasil kerja dan dedikasi yang ditunjukkan sehingga Binasat Communications tersenarai di pasaran saham sekali gus menjadi syarikat pertama tersenarai tahun ini," katanya dalam majlis penyenaraian Binasat Communications di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE