Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group, Datuk Ho Hon Sang berkata, pihaknya berhasrat untuk menjadi inovatif dalam perniagaan dan ingin mencipta cara baharu pengguna membeli-belah untuk rumah.

Katanya, lebih separuh penduduk Malaysia membeli-belah dalam talian dan Mah Sing te­ruja menjadi pemaju pertama yang menjual rumah dalam talian di platform e-dagang se­perti Lazada.

“Ia bakal memberikan kami kelebihan berbanding pemaju lain di Malaysia dan dalam masa sama membuatkan kami berusaha lebih bagi menampung permintaan bakal pembeli dalam talian.

“Mah Sing yakin bahawa insentif ini mampu menarik lebih ramai pelanggan yang pintar menggunakan kemudahan digital sepanjang kempen jualan tersebut,” katanya dalam kenya­taan hari ini.

Para pembeli rumah Mah Sing yang membeli rumah menerusi Lazada akan menerima insentif eksklusif daripada Lazada sebanyak lima peratus bernilai antara RM20,000 hingga RM30,000.

Projek Mah Sing yang akan disenaraikan di Lazada untuk 12.12 termasuk M Vertica, Cheras; M Centura, Sentul; Sensa Residence @ Southville City, KL Selatan; M Aruna, Rawang; M Vista, Pulau Pinang dan Meridin East, Johor.