Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Beckham muncul bersama Arsenal

si_01 :

LONDON – David Beckham melakukan latihan bersama Arsenal buat pertama kali, kelmarin dalam usaha mengekalkan kecergasannya bagi perlawanan antarabangsa sepanjang tahun ini.

Beckham, 32, meminta kebenaran Pengurus Gunners, Arsene Wenger untuk berlatih bersama kelab tersebut dan buat pertama kali, bintang tengah England itu beraksi di kem latihan London Colney berhampiran rumahnya di Hertforshire.

‘‘Kami ingin membantunya mengekalkan kecergasan dan mencuba untuk merahsiakan perkara ini.

‘‘Kami tidak mahu melakukan sesuatu yang rumit tetapi dengan cara yang lebih mudah. Dia tidak tinggal jauh dan senang di Arsenal. Itu yang menyebabkan kami ingin membantunya,’’ kata Wenger.

Bekas bintang Manchester United itu membuat keputusan untuk bekerjasama dengan pendahulu Liga Perdana England bagi mencapai cita-citanya untuk mewakili pasukan kebangsaan England buat kali ke-100 menjelang perlawanan persahabatan menentang Switzerland 6 Februari ini.

Latihan bersama Arsenal bertujuan menunjukkan kepada jurulatih England yang baru, Fabio Capello bahawa Beckham serius untuk melanjutkan karier antarabangsanya.

Beckham akan menjalani latihan bersama pasukan simpanan Arsenal dan hanya akan menyertai pasukan utama apabila mereka kekurangan pemain.

Wenger bagaimanapun menambah, tiada peluang bagi Beckham bermain untuk Arsenal pada masa akan datang.

‘‘Dia hanya pulang dari cuti panjang dan mengalami kecederaan. Dia tidak akan bermain dalam sebarang perlawanan dan tidak akan didaftarkan. Dia hanya berlatih.

‘‘Ini bukan satu sarkas. Kami sudah bersedia untuk menghadapi semua ini,’’ kata Wenger. Beckham dijangka kembali ke LA Galaxy pada pertengahan bulan Februari bagi perlawanan pra-persahabatan menjelang Kejohanan Utama Liga Amerika yang akan bermula pada lewat Mac ini.

– AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain