Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BDB teraju sektor perumahan Kedah

Izham Yusoff bersama model projek perumahan BDB.  Utusan/Abdul
Izham Yusoff bersama model projek perumahan BDB. Utusan/Abdul Razak Latif

KUALA LUMPUR 19 Mac - Keluasan bank tanah yang mencukupi bermula dengan pembelian kira-kira 445.15 hektar daripada Perbadanan Kemajuan Ne­geri Ke­dah (PKNK) melalui amalan korporat syarikat pada 2014, semakin mengukuhkan kedudukan Bina Darulaman Berhad (BDB) dalam pasaran hartanah di negara ini.

Pencapaian memberangsangkan ini boleh dilihat apabila nilai pembangunan kasar (GDV) kumpulan meningkat lebih dua kali daripada RM52.9 juta pada 2013 kepada RM134.9 juta tahun lalu menerusi pembangunan dua projeknya iaitu Bandar Darulaman dan Darulaman Perdana di bawah anak syarikatnya, BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land).

Setelah mencatat prestasi kukuh pada 2016 dengan memperoleh keuntungan selepas cukai (PAT) tertinggi dalam tempoh 22 tahun penubuhannya, 2017 bakal menyaksikan pelancaran dua kawasan perbandaran baharu sekali gus mengubah landskap pembangunan hartanah khususnya di Kedah.

Malah, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Izham Yusoff menyifatkan kedua-dua projek itu akan menjadi pemangkin kepada prestasi kewangan BDB pada tahun kewangan 2017 di sebalik persekitaran semasa yang mencabar dan kelembapan pasaran hartanah.

Katanya, Darulaman Saujana di Jitra melibatkan kawasan seluas 83.51 hektar manakala Darulaman Putra di Sungai Petani berkeluasan 93.07 hektar de­ngan GDV ma­sing-masing ialah RM1 bilion dan RM1.6 bilion yang akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini dan dijang­ka siap dalam tempoh lima tahun lagi.

“Berbanding projek BDB sebelum ini, pelancaran dua perbandaran ini adalah berbeza dan merupakan pendekatan baharu BDB dalam merancang pembangunan hartanah secara bersepadu pada masa depan kerana ia turut merangkumi aspek komersial.

“Projek ini akan dibangunkan berhampiran kawasan pusat pendidikan sedia ada seperti Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) serta beberapa institusi pengajian tinggi yang lain. Ini membolehkan pihak kami menyediakan lebih banyak kemudahan kepada mereka tanpa tertumpu sepenuhnya kepada pembangunan kediaman semata-mata,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan ke-22 di sini baru-baru ini.

Pada Februari lalu, BDB melancarkan projek perumahan dengan GDV RM1.25 bilion melibatkan pembangunan keseluruhan sebanyak 4,131 buah rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Daripada jumlah tersebut, 85 peratus rumah akan dijual pada harga RM500,000 dan ke bawah, manakala kira-kira 1,800 buah dijual RM200,000 dan ke bawah.

Projek-projek itu yang dilaksanakan menerusi anak syarikat BDB, iaitu BDB Land dan BDB Kedah Hol­dings Sdn. Bhd. (Kedah Hol­dings) akan terus memberi fokus untuk meme­nuhi keperluan rumah mam­pu milik dalam tempoh lima tahun.

Berdasarkan rekod, hampir 97 peratus projek yang dibangunkan BDB Land adalah rumah mampu milik berharga di bawah RM500,000 sejak syarikat itu memasuki pasaran hartanah pada 1983.

Antara rumah mampu milik BDB yang akan dilancarkan tahun ini ialah Pangsapuri Indera, Rumah Bandar Adra dan Kondominium Aurora di Bandar Darulaman, Jitra. Projek lain ialah Panorama Darulaman, Simfoni West dan Simfoni East juga di Bandar Darulaman.

BDB adalah syarikat tersenarai milik Kerajaan Negeri Kedah, ditubuhkan pada 7 Februari 1995 dengan PKNK merupakan pe­megang saham terbesar. Nilai aset BDB setakat 31 Disember 2016 mencecah RM1.09 bilion.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain