Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

BDB catat prestasi terbaik

KUALA LUMPUR 16 Mac - Bina Darulaman Berhad (BDB) mencatat keuntung­an selepas cukai (PAT) ter­tinggi sejak 22 tahun penubuhannya, iaitu peningkatan 40 peratus kepada RM34 juta pada 2016 berbanding RM24.2 juta tahun sebelumnya. Perolehan kumpulan juga meningkat 47 peratus kepada RM356.6 juta berbanding RM243.3 juta pada 2015.

Izham Yusoff
Izham Yusoff

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, prestasi kukuh yang dica­tatkan pada tahun kewangan 2016 dipacu oleh sektor hartanah, BDB juga akan me­ngagihkan bayaran dividen tertinggi berjumlah RM13.7 juta de­ngan dividen 4.5 sen sesaham.

Katanya, pada 2015, BDB mengagihkan dividen seba­nyak RM12.2 juta manakala pada 2014, RM10.6 juta. Malah, hasil dividen BDB pada 5.5 peratus me­ngatasi hasil dividen purata pada 3.59 peratus dan 2.46 peratus bagi sektor hartanah dan pembinaan.

“Namun, untuk menjangkakan bayaran dividen yang tinggi bagi tahun ini, ia masih di peringkat awal dan bergantung kepada prestasi syarikat.

“Bagi kami, prestasi yang dicatatkan pada 2016 adalah yang terbaik setakat ini tetapi selagi syarikat menca­tat keuntung­an, kami akan memastikan ia akan dikongsi bersama pemegang saham yang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyua­rat agung tahunan ke-22 di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan berak­hir 31 Disember 2016, BDB mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM52.3 juta, meningkat 28 peratus berban­ding RM40.8 juta tahun sebe­lumnya.

buat pertama kali juga aset syarikat milik kerajaan ne­geri Kedah i­tu mence­cah RM1.09 bilion sejak ia ditubuhkan pada 7 Februari 1995 sekali gus mencerminkan kedudukan kukuh syarikat tersebut.

Aset terbesar disumbangkan menerusi penghutang perdagangan dan lain-lain sebanyak RM466 juta manakala RM400 juta daripada pembangunan hartanah.

Selain itu, ka­ta Izham, nilai aset ini juga terdiri daripada hartanah, loji dan peralatan berjumlah RM83 juta, tunai dan baki bank (RM85 juta), pelaburan hartanah (RM34 juta) dan lain-lain (RM25 juta).

“Dengan bank tanah yang mencukupi iaitu seluas 888.28 hektar dan tunai berjumlah RM85 juta, secara tidak langsung dapat membantu kumpulan mengharungi cabaran pada tahun ini. Kita juga telah menyelesaikan pembiayaan bagi pembinaan pembangunan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil, Baling, Kedah.

“Untuk itu, kami akan terus agresif mempromosikan produk hartanah kami bukan sahaja di Kedah tetapi juga pembangunan di Kuala Kangsar. Kami yakin, apa yang telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu termasuk dari segi imbangan tunai dan penstrukturan semula, dapat membantu BDB mengharungi cabaran tahun ini,” katanya.

BDB melalui anak syarikatnya, BDB Sy­nergy Sdn. Bhd., yang dahulunya dikenali sebagai Kedah Sato Sdn. Bhd. membayar sepenuhnya pembiayaan kepada Bank Islam (M) Berhad dan Affin Islamic Bank Bhd. (Affin Islamic) melibatkan kemudahan kewang­an Islam bersindiket berjumlah RM330 juta.

Baru-baru ini, BDB melancarkan projek perumahan de­ngan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.25 bilion bagi tahun ini melibatkan pembangunan keseluruhan sebanyak 4,131 buah rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Pada tahun ini, BDB juga akan melancarkan dua kawasan perbandaran baharu ia­itu Darulaman Saujana di Jitra dan Darulaman Putra di Sungai Petani pada suku keempat tahun ini dan dijang­ka siap dalam tempoh lima tahun lagi.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain