Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, anugerah tersebut merupakan pengiktirafan atas usaha berterusan, komitmen dan dedikasi Bank Rakyat dalam memasarkan jenama mereka sebagai antara institusi perbankan Islam yang kukuh di Malaysia.

Katanya, ia juga merupakan penghargaan terhadap komitmen berterusan Bank Rakyat menggerakkan inisiatif pemasaran terkini, berimpak tinggi bagi produk dan kempen yang dijalankan.

Nizam Sani bersama trofi Anugerah Best Marketer in Sustainable
NIZAM SANI

“Bank Rakyat aktif dalam penganjuran program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang merupakan sebahagian daripada usaha kami memberi balik kepada pelanggan dan mengenal pasti CSR sebagai satu medium efektif dan lestari dalam memasarkan jenama Bank Rakyat.

“Kebanyakan kempen pemasaran kami berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dan konsisten dalam usaha menambah baik kempen sedia ada demi memastikan pelanggan terus setia bersama Bank Rak­yat selain menarik lebih ramai pelanggan baharu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis anugerah tersebut te­lah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur pada 16 November lalu.

Anugerah yang julung-julung kalinya diadakan itu dianjurkan oleh majalah Marketing bagi menghargai sumbangan individu yang menyerlah dan memberi impak besar dalam industri komunikasi pemasaran Malaysia.