Menurut Ketua Pegawai Modal Insan Bank Rakyat, Mohd. Farid Shah Mohd. Basir berkata, pengiktirafan tersebut merupakan satu pencapai­an yang membanggakan dan menjadi bukti komitmen serta inovasi dalam membangunkan pemimpin masa hadapan perbankan Islam.

Menurut beliau, Bank Rakyat akan meneruskan inisiatif ber­kenaan bagi menarik, mengekalkan dan membangunkan bakat serta memanfaatkan teknologi terkini dalam sektor sumber manusia bagi menyediakan tempat bekerja terbaik sekali gus menarik lebih ramai bakat berkualiti untuk berkhidmat.

“Program latihan selama dua tahun ini bertujuan untuk membangunkan pelapis dalam industri perbankan Islam dan membentuk sebuah kumpulan bakat bagi me­lahirkan pemimpin masa hadapan Bank Rakyat.

“Justeru itu, Bank Rakyat akan meneruskan pengambilan gra­du­an secara tahunan untuk menjalani program latihan pengurusan The Islamic Banker bagi mencapai pertumbuhan strategik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Farid turut menerima Anugerah Ketua Pegawai Sumber Manusia Terbaik pada majlis yang berlangsung di Mumbai, India.

Kongres HRD merupakan acara tahunan yang menghimpunkan 1,800 golongan profesional dan jenama global dalam industri sumber manusia daripada 133 buah ­negara.