Ketua Pegawai Operasi Bank Rak­yat, Md. Khairuddin Arshad berkata, Kempen Beli Rumah Dapat Kereta membolehkan Bank Rakyat menawarkan penyelesai­an kepada pelanggan untuk memiliki kediaman impian, dengan menawar­kan Pembiayaan Perumahan yang disertakan perlindungan Ikh­las Takaful Gadai Janji (MRTT) dari­pada Takaful Ikhlas untuk tempoh maksimum 35 tahun.

“Bank Rakyat turut merealisasi impian golongan muda memiliki kediaman sendiri melalui Pembiayaan Perumahan My 1st Home Scheme yang menawarkan pembiayaan tanpa had minimum dan maksimum sehingga RM2 juta,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Datuk Ab. Latiff Abu Bakar berkata, Kempen Beli Rumah Dapat Kereta telah diadakan buat pertama kalinya pada bulan Mei hingga Di­sember 2016 menawarkan hadiah utama sebuah kereta Honda HR-V melalui cabutan bertuah.

“Kempen ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan bagi tahun 2016 dan akan dite­ruskan untuk tahun 2017 bermula dari 15 April sehingga 31 Disember. Kempen pada tahun ini menawarkan sebuah kereta Honda Accord 2.0 yang bernilai RM145,000 sebagai hadiah utama.

Pelbagai hadiah lain turut ditawarkan kepada mereka yang menyertai kempen ini termasuk wang tunai dengan nilai keseluruhan RM250,000 untuk dimenangi.

“Ini adalah kesinambungan usa­ha untuk menggalakkan pe­langgan yang menyertai pembia­yaan perumahan dengan Bank Rakyat untuk memilih perkhid­matan Takaful Ikhlas bagi melin­dungi pembiayaan hartanah me­reka”, katanya.

Tambahnya lagi, Takaful Ikhlas merupakan pilihan yang tepat kepada pelanggan Bank Rakyat yang mengambil perlindungan perumahan MRTT kerana mereka diberi kadar yang kompetitif dan perlindungan yang komprehensif.