Untuk tujuan itu, bank koperasi berkenaan baru-baru ini melancarkan inisiatif baharu kempen berkenaan yang mengetengahkan konsep ‘Saya dan Keluarga’.

Menurut Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, bagi melayakkan pelanggan untuk menyertai kempen ini, mereka yang melanggan Kad Kredit-i, Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Mikro-i, Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), Ejen Bank atau Koperasi perlu mendaftarkan keluarga mereka yang berumur 18 tahun ke bawah sebagai ahli Kelab NURI.

“Kempen yang berlangsung pada 18 Disember 2017 sehingga 30 April 2018 ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM1,120,000 untuk pelanggan bertuah.

“Matlamat konsep ini adalah untuk memberi kemudahan serta melengkapi kehidupan seisi keluarga yang menawarkan produk gabungan yang sesuai untuk setiap ahli keluarga tanpa mengira usia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Tambah Nizam, Kempen #BankRakyatCares turut boleh disertai oleh golongan usahawan dan koperasi menerusi produk gabungan yang ditawarkan untuk kemudahan perniagaan. - UTUSAN ONLINE