Mohd. Farid Shah
MOHD. FARID SHAH

Pegawai Modal In­­san Bank Rakyat, Mohd. Farid Shah Mohd. Basir berkata, pengiktirafan tersebut mengukuhkan kedudukan Bank Rakyat sebagai jenama yang paling dipercayai dalam industri di negara ini.

Menurut beliau, anugerah ber­kenaan diiktiraf oleh Institut Jenama Majikan (EBI) iaitu sebuah organisasi yang menghubungkan golongan profesional dalam sumber manusia untuk berkongsi amalan terbaik di seluruh dunia.

“Pencapaian ini me­ru­pakan pengiktirafan terhadap inisiatif penjenamaan yang dijalankan oleh Bank Rakyat.

“Bank sentiasa konsisten menggunakan tek­nologi baharu dalam sektor sumber manusia bagi memastikan organi­sasi menjadi tem­-
pat bekerja yang kondusif serta berupaya untuk menarik bakat terbaik dalam industri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara kriteria yang dinilai adalah inisiatif pembelajaran dan pembangunan insaniah, kemahiran komunikasi berkesan dalam pengambilan pekerja yang merangkumi amalan latihan dan pengekalan pekerja serta inovasi berterusan.

Anugerah berprestij yang dikendalikan oleh Kongres Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Dunia dan Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia menghimpunkan seramai 300 profesional jenama global terkemuka dari 11 buah negara bagi mengiktiraf organisasi yang cemerlang dalam pengurusan sumber manusia.

Februari lalu, Bank Rakyat menerima pengiktirafan daripada Kongres HRD Dunia 2018 ke-26 yang diadakan di Mumbai, India untuk tiga kategori iaitu Inovasi dalam Pengambilan, Perantis Terbaik dan Penggunaan Media Digital dalam Pengambilan.