“Terdapat dua pilihan tempoh iaitu tujuh dan 11 bulan yang mana masing-masing akan menerima kadar keuntungan sebanyak 4.30 peratus dan 4.50 peratus setahun. Kempen kali ini menampilkan kelainan apabila memilih angka tujuh dan 11 bulan berbanding kebiasaan iaitu tiga, enam dan sembilan bulan.

“Dalam tempoh seminggu pelancaran kempen ini sambutan yang diterima sangat menggalakkan apabila kami menerima ba­nyak pertanyaan daripada orang ramai yang berminat,” katanya dalam sidang akhbar pengenalan produk baharu Bank Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Nizam berkata, produk Pembiayaan Pendidikan-i yang diperke­nalkan pada bulan lalu mendapat perhatian daripada orang ramai kerana kelebihan yang ditawarkan berbanding institusi kewangan yang lain.

“Kami menawarkan pro­ses permohonan yang le­bih mudah dan cepat serta syarat pendapatan minimum yang rendah iaitu sebanyak RM2,000. Secara tidak langsung ia membolehkan lebih ramai orang memohon bagi mencapai impian mereka untuk pendidikan yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam berkata, Bank Rakyat meng­anjurkan pertandingan Bicara Berirama (choral speaking) antara sekolah bagi menye­marakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61.

Menurutnya, pertandingan tersebut mempertandingkan dua ka­tegori iaitu sekolah rendah dan menengah.

“Pelajar dan sekolah yang berminat dikehendaki menghantar video bicara berirama yang berdurasi tidak lebih dari lima minit dengan tema ‘Malaysia muda dan bangga’ untuk sekolah rendah sementara ‘inovasi dan kelestarian Malaysia’ bagi sekolah menengah. Video penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 28 Ogos melalui emel [email protected]

“Tiga pasukan terbaik di pe­ringkat akhir bakal menerima baucar Akaun Simpanan-i Bank Rak­yat bernilai RM5,000; RM3,000 dan RM2,000 bagi setiap kategori manakala video paling popular dan paling ba­nyak dikongsi di media sosial akan menerima RM1,000 ,” katanya.