TAN NYAT CHUAN

Bank Pusat da­lam satu kenyata­an berkata, Nazrul Hisyam akan memegang peranan sebagai Ketua Staf dan Setiausaha kepada Lembaga Pengarah BNM serta bertanggungjawab terhadap Pejabat Gabenor, Jabatan Komunikasi Stra­tegik dan Jabatan Pengurusan Strategik.

Sebelum pelantikan be­liau sebagai Ketua Staf pada 2016, Nazrul Hisyam telah berkhidmat di BNM selama hampir 20 tahun dan memegang pelbagai jawatan, dengan yang ter­akhir ialah sebagai Pengarah, Jabatan Antarabangsa.

Sementara itu, Nyat Chuan akan bertanggungjawab terhadap hal-hal sistem pembayaran.

Tanggungjawab utama beliau adalah untuk memastikan sistem penjelasan, penyelesaian dan pembayaran negara akan terus dilaksanakan secara mantap, selamat dan cekap.

Nazrul Hisyam
NAZRUL HISYAM

Beliau juga me­rupakan Ahli Lembaga Pengarah Bu­kan Eksekutif Bukan Bebas di Payments Network Malaysia Sdn. Bhd, dan juga salah seorang ahli Jawatankuasa Kestabilan Kewangan dan Ja­watankuasa Pengurusan Risiko BNM.– BERNAMA

“Beliau mempunyai pengalaman kerja selama lebih 30 tahun di BNM dan pernah berkhidmat sebagai Pengarah, Jabatan Audit Dalaman,” kata bank pusat itu. -– BERNAMA