Enam bank tersebut ialah Malayan Banking Bhd. (Maybank), CIMB Group Holdings Bhd., Public Bank Bhd., RHB Bank Bhd., Hong Leong Bank Bhd. dan AmBank (M) Bhd.

Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s, Simon Chen berkata, kualiti aset dan keuntung­­­an enam bank tersebut secara umumnya meningkat pada 2017 manakala permodalan dan pem­bia­yaan kekal mencukupi.

“Kami menjangkakan permintaan pinjaman semakin pulih tahun ini di samping syarat pembiayaan yang ketat. Ia akan me­nyaksikan pertumbuhan keuntu­ngan dalam kalangan bank de­ngan francais deposit yang lebih lemah boleh dihadkan oleh kos pembia­yaan yang lebih tinggi.

“Dalam masa sama, kualiti aset akan meraih manfaat daripada kedudukan makro yang lebih kukuh pada tahun ini termasuk di dalam negara dan juga serantau. Bank yang terdedah kepada sektor minyak dan gas mempunyai kualiti aset lebih stabil berdasarkan pengukuhan harga minyak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maybank, dalam tahun kewa­ngan berakhir 31 Disember 2017, buat pertama kali mencatat keuntungan bersih melepasi tahap RM7 bilion, meningkat kepada paras ter­tinggi seba­nyak RM7.52 bilion, iaitu 11.5 peratus lebih tinggi daripada RM6.74 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Pencapaian positif itu berikutan perolehan yang le­bih kukuh daripada semua segmen perniagaan dan pasaran utama di luar negara serta kerugian susut nilai yang rendah.

Menurut laporan Moody’s, kebanyakan bank mencatat keuntungan lebih baik pada 2017 didorong oleh pertumbuhan pendapatan yang mantap, margin faedah bersih yang stabil dan kos kredit yang semakin sederhana.

“Keadaan yang menggalakkan ini dijangka berterusan tahun ini dengan usaha transformasi digital akan menyokong pertumbuhan lebih kukuh dalam hasil dan kecekapan kos.

Dalam pada itu, laporan tersebut menunjukkan bank-bank di Malaysia dijangka berdepan de­ngan risiko pembiayaan hartanah komersial pada tahun ini walaupun kualiti aset kekal stabil.

Katanya, sektor hartanah ko­mer­sial adalah kebimbangan utama kepada kelemahan kualiti aset memandangkan bekalan baharu bagi bangunan pejabat dan pusat beli-belah kemungkinan menyebabkan lebihan dalam pasaran dan perubahan dari segi penilaian pasaran.

“Bagaimanapun, pendedahan bank kepada hartanah komersial adalah kecil iaitu sekitar tiga hingga empat peratus daripada keseluruhan pembiayaan, menjadikan sebarang isu berkaitan kualiti aset adalah terurus,” katanya.

Minggu lalu, Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) dalam kenyataan berkata, sektor perbankan telah meluluskan le­bih daripada 375,000 permohonan pembiayaan rumah dengan nilai pinjaman berjumlah RM161 bilion pada tahun 2017.