Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

AVASB, SATSSB bangunkan kemudahan MRO di Senai

Mustapa Mohamed menyaksikan pertukaran dokumen antara Md. Derick
MUSTAPA MOHAMED menyaksikan pertukaran dokumen antara Md. Derick Basir (kanan) dan Mohamad Zawani Wahab selepas majlis menandatangani perjanjian pembinaan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di Taman Penerbangan Lapangan Terbang Senai, Johor di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 6 Mac – Aero Vision Asia Sdn. Bhd. (AVASB) akan melabur sebanyak RM25 juta bagi pembinaan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Taman Penerbangan Lapangan Terbang Senai, Johor.

Kemudahan MRO itu akan dibangunkan menerusi kerjasama di antara AVASB dan Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATSSB) melibatkan dua fasa yang dijangka siap sepenuhnya akhir 2019.

Pengerusi AVASB, Mohamad Zawani berkata, projek MRO itu mengambil kira pertumbuhan penumpang di lapangan terbang berkenaan serta bertujuan menyokong peningkatan keperluan industri penerbangan di rantau ini.

Katanya, pada tahun lalu Lapangan Terbang Senai mengendalikan kira-kira 2.8 juta penum­pang, jumlah tertinggi yang pernah direkodkan.

“Bagi fasa pertama, kami akan membina sebuah hangar untuk kemudahan pesawat bersaiz kecil, pembaikan kipas, penyelenggaraan dan pembaikan, ujian pesawat serta kerja-kerja mengecat dan merapi pesawat.

“Fasa pertama melibatkan RM25 juta ini dijadualkan siap dan beroperasi menjelang suku ketiga 2018,” katanya kepada pemberita selepas memeterai menandatangani perjanjian subpajakan di sini hari ini.

Perjanjian yang ditandatangani Mohamad mewakili AVASB dan Ketua Pegawai Eksekutif SATSSB, Md. Derick Basir, disaksikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mohamad berkata, AVASB berhasrat menjadikan kemudahan tersebut sebagai pusat sehenti bagi sektor penerbangan di rantau ini.

Beliau menjelaskan, Taman Penerbangan Lapangan Terbang Senai dipilih ekoran kedudukan geografi, demografi dan keberkesanan kos yang mampu meraih sebahagian besar pasaran MRO.

“Ini kerana, kini menjadi suatu kebiasaan bagi sesebuah syarikat penerbangan untuk mendapatkan perkhidmatan MRO daripada pihak luar khususnya yang mampu memberikan perkhidmatan bersepadu.

“Oleh itu, kami percaya usaha ini bukan sahaja akan meningkatkan kedudukan syarikat tetapi juga memaparkan keupayaan kami untuk menarik pelanggan serantau dan bersaing dengan penyedia perkhidmatan lain di pasaran,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain