Asus ROG Zephyrus dibina khas buat peminat tegar permainan komputer dan ia lebih nipis berbanding semua siri komputer riba ROG yang dikeluarkan sebelum ini.

Dilengkapi perkakasan berprestasi tinggi dengan sokong­an grafik 1080 Nvidia GeForce GTX, pemprosesan Intel Core i7-7700HQ generasi ketujuh, paparan pilihan sudut pandangan 120Hz dan menggunakan sistem operasi Windows 10 Creators Update.

Menurut Asus, ROG Zephyrus mampu mengekalkan suhunya dengan menggunakan rekaan ­aliran udara Sistem Aerodinamik Aktif yang diletakkan dalam casis sebesar 16.9mm hingga 17.9mm. Sistem fleksibel baharu berkenaan mampu untuk mengalirkan 20 peratus udara berbanding siri sebelumnya.

Paparan ROG Zephyrus adalah 15.6 inci dengan resolusi 1920x1080 piksel, DDR4 24Gb RAM, empat USB port, HDMI 2.0 dan 3.5mm output audio. Ditawarkan dalam tiga saiz memori dalaman berbeza iaitu 256Gb, 512Gb dan 1Tb.

Papan kekunci direka bagi memberikan keselesaan ketika bermain seolah-olah pengguna menggunakan papan kekunci komputer peribadi (PC) dan mempunyai pencahayaan lampu RGB.

Asus mengeluarkan dua va­rian ROG Zephyrus, namun tidak menyatakan lebih lanjut perbezaan kedua-duanya.

ROG Zephyrus akan berada di pasaran Amerika Syarikat dan Kanada bermula penghujung Jun dan dijual pada harga RM9,860 dan RM11,574 sebuah. – AGENSI