Menurut 1MDB, Arul yang berusia 38 tahun itu akan dilantik sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1MDB.

Beliau kini merupakan Naib Presiden Eksekutif, Ketua Pelaburan Kumpulan Bank dan Ketua Bahagian Kewangan Korporat di Abu Dhabi Commercial Bank sejak Julai 2008.

Di samping itu, Arul juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Investment Bank Bhd. mulai Julai 2009 hingga 10 Mei 2011, Pengarah di RHB Islamic Bank Bhd., dan juga Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Capital Bhd. daripada 20 Julai 2009 hingga 10 Mei 2011.

Mohd. Hazem pula menyertai 1MDB sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Ogos 2012.