Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Arca Corporation bina cawangan utama Kool Kidz

TIGA beradik pengasas Kool Kidz dari kiri, Aqilah Che Azizuddin,
TIGA beradik pengasas Kool Kidz dari kiri, Aqilah Che Azizuddin, Amirah dan Atikah berbincang mengenai modul pembelajaran yang terdapat di pusat itu di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini. utusan/MOHD NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Pemegang lesen utama pusat pembelajaraan awal Kool Kidz, Arca Corporation Sdn. Bhd. (Arca Corporation) merancang membuka cawangan utamanya di Putrajaya yang dijangka beroperasi seawal suku keempat tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Arca Corporation, Amirah Che Azizuddin berkata, cawangan tersebut yang dibina di atas tanah seluas dua ekar itu bakal dilengkapi dengan beberapa kemudahan tambahan seperti penginapan bagi para pelajar serta ruang kelas yang lebih luas.

Jelasnya, pembukaan cawangan utama yang juga terbesar itu kelak bakal memberikan ruang akses yang lebih besar bagi proses pembelajaran kanak-kanak di Kool Kidz.

“Ketika ini di Kool Kidz Bangsar ruangnya agak terhad, jadi apabila cawangan utama di Presint 11 Putrajaya siap kelak, ia membolehkan kanak-kanak untuk bergerak bebas dan lebih selesa dalam persekitaran yang lebih kondusif,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Sementara itu Pengarah Kool Kidz, Aqilah Che Azizuddin berkata, Kool Kidz yang kini beroperasi di cawangan pertamanya di Bangsar turut mengintai peluang untuk membuka lebih banyak cawangan di sekitar Lembah Klang seperti Damansara Heights dan Taman Tun Dr. Ismail.

“Dan selepas itu kami mungkin akan membuka francais bagi Kool Kidz untuk memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk turut serta menjadi sebahagian daripada keluarga Kool Kidz,” katanya.

Arca Corporation memperoleh lesen francais utama bagi Kool Kidz pada 2013 dengan membeli hak francais sebanyak RM2 juta.

Pembelajaran di pusat terbabit mengikut sukatan pelajaran dari Australia yang kurang ditawarkan bagi pusat seumpamanya di Malaysia.

Ketika ini Kool Kidz Bangsar menempatkan seramai 48 orang kanak-kanak berumur 12 bulan hingga ke enam tahun dengan jumlah tenaga pengajar seramai empat nisbah satu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain