Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, kerjasama itu akan mendatangkan banyak kebaikan daripada pelbagai sudut untuk kedua-dua negara terutama apabila melibatkan pertukaran teknologi.

“Di Congo terdapat kira-kira 5000 buah koperasi dan populasi rakyatnya berjumlah 75 juta orang. Melalui kerjasama ini kita diminta untuk membantu membangunkan Coop CONGO iaitu sebuah koperasi induk yang peranannya sama seperti Angkasa di Malaysia.

“Mereka (Coop CONGO) telah menawarkan kepada Malaysia sebanyak 18,000 hektar tanah pertaniah di negara itu untuk dimajukan dengan tanaman padi dan kelapa sawit. Angkasa akan bertindak sebagai agensi pembangunan tanah dan ia bakal memberikan keuntungan kepada kedua-dua negara,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Abdul Fattah turut menjelaskan bahawa kerjasama itu menjadi penanda aras bahawa keyakinan negara luar untuk menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara ini adalah sangat tinggi. 

Coop Congo telah diwakili oleh Presidennya, Me Doudou. - UTUSAN ONLINE