Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ancaman siber jejas operasi syarikat

.
.

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Lebih satu pertiga daripada organisasi yang menghadapi pencero­bohan siber tahun lalu, dilaporkan kehilangan pelanggan, peluang dan pendapatan melebihi 20 peratus.

Laporan sekuriti siber oleh Cisco mendapati lebih 50 peratus organisasi yang menghadapi ancaman telah terjejas terutama dari segi sistem operasi dan kewangan, diikuti reputasi jenama dan pengekalan pelanggan.

“Kesannya, sebanyak 22 peratus organisasi berdepan dengan masalah kehilangan pelanggan manakala 29 peratus terjejas pendapatan dengan 38 peratus daripadanya hilang lebih 20 peratus.

“Selain itu, 23 peratus organi­sasi lagi telah kehilangan peluang perniagaan dengan 42 peratus da­ripadanya kehilangan lebih dari­pada 20 peratus,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut laporan itu, cabaran utama dihadapi daripada jenayah siber yang sentiasa berevo­lusi termasuk kekangan bajet, kese­rasian sistem yang lemah serta kurangnya latihan sebagai halang­an terbesar.

“Persekitaran jabatan kese­lamatan telah menjadi semakin kompleks dengan 65 peratus daripada organisasi menggunakan antara enam hingga lebih 50 produk keselamatan sekali gus meningkatkan potensi jurang keberkesanan.

“Laporan itu juga mendapati penjenayah cuba membangkitkan semula serangan vektor klasik seperti adware dan e-mel spam pada tahap yang tidak dapat dikesan sejak 2010,” jelas­nya.

Jelas laporan itu, jumlah spam di peringkat global semakin me­ningkat merangkumi hampir dua pertiga (65 peratus) daripada e-mel dengan antara lapan hingga 10 peratus dikategorikan sebagai berniat jahat.

“Aktiviti penggodam menjadi semakin kompleks dengan perubahan landskap teknologi dimulai era pendigitalan yang telah mewujudkan peluang besar kepada penjenayah siber,” jelas laporan itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain