Pembukaan cawangan itu dibuat selepas pihaknya mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai berikutan penambahan kes serta mahu menambah baik kualiti penyampaian bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Majlis perasmian cawangan yang terletak di Jalan Rahmat itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Adenan Md. Yusof dan Kadi Daerah Batu Pahat, Muhammad Husni Tamrin Md. Sharif.

Terdahulu, AmanahRaya dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengadakan program bersama-sama rakyat yang membincangkan peranan dan fungsi syarikat milik penuh kerajaan itu mengenai pentadbiran pusaka yang merupakan salah satu instrumen dalam perancangan pewarisan. -UTUSAN ONLINE