Ketua Pegawai Eksekutif Kum­­pulan Alliance Bank, Joel Korn­reich berkata, kejayaan itu diiktiraf oleh pelbagai organisasi seperti Retail Banker Internatio­nal (RBI), Pusat Data Antarabangsa (IDC) dan The Asia Banker.

Menurut beliau, Alliance Cash2Home menerima Excellence in Mobile Banking-Customization dan Best Multi-Channel Offering pada RBI Trailblazer Awards 2018 yang berlangsung pada Mac lalu.

“Alliance Cash2Home juga diiktiraf sebagai Peneraju Transformasi Digital-Omni-Experience Innovation di Anugerah Transformasi Digital IDC 2017. Produk ini menawarkan nilai tambah kepada pemilik perniagaan dan pekerja asing mereka dengan merapatkan jurang ke­perluan perbankan serta menghapuskan risiko majikan.

“Produk berkenaan menggu­nakan pengecaman wajah bio­metrik dan teknologi Pengecaman Teks Utama (OCR) yang mana tidak memerlukan dokumen yang banyak semasa membuka akaun serta melancarkan perkhidmatan pengiriman wang melalui telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kornreich, platform Alliance BizSmart Solution terus menerima penghargaan serantau dan antarabangsa apabila diiktiraf Inisiatif, Aplikasi atau Program Jualan Digital Terbaik, Perkhidmatan Inovasi Cemerlang dan Inovasi Model Perniagaan Cemerlang.

Katanya, Alliance BizSmart So­lution merupakan alat pe­ngurusan tunai untuk pelanggan perusahaan yang mengenal pasti penyelesaian dan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan dalam pelbagai sektor dan industri.

“Alliance BizSmart ialah penye­­lesaian terbaik yang ditawarkan kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Kami akan sentiasa mengemas kini platform ini bagi memastikan ia kekal relevan dalam pasaran.

“Dalam tempoh setahun, Alliance Bank telah membangunkan inovatif dengan pantas, mudah dan responsif terhadap penyelesaian yang diperlukan oleh para pelanggan sebagai sebahagian daripada agenda transformasi. Ini termasuklah Alliance One Account, Alliance Cash2Home, Alliance One Invest dan Alliance SavePlus Account,” kata beliau.

Penerimaan anugerah itu turut diraikan oleh Ketua Transaksi Perbankan Pengurusan Produk dan Saluran, Korporat Kumpulan, Komersial dan Transaksi, Azlina Yunus; Penolong Naib Presiden Perbankan Digital Pejabat Transformasi Kumpulan, Aaron Kee; Ketua Perbankan Digital Pejabat Transformasi Kumpulan, Sally Chow dan Naib Presiden Deposit Perniagaan, Transaksi Perbankan Pengurusan Produk dan Saluran, Kumpulan Korporat, Komersial dan Transaksi, Eunice Ong.