Berlangsung pada Ahad ini, gergasi internet China itu melalui Lazada, akan mengendalikan jualan besar-besaran. Syarikat beli-belah dalam talian terbesar di Asia Tenggara itu merupakan pemacu kepada pertumbuhan Alibaba di samping usaha syarikat untuk beralih kepada pusat membeli-belah, kedai serbaneka dan penghantaran makanan.

Cabaran kepada empayar dalam talian bilionair Jack Ma adalah untuk memecahkan rekod transaksi selepas beberapa dekad mengatasi keputusan sebelumnya. Dengan perang dagangan, ekonomi yang lembap dan saingan daripada platform kecil-kecilan seperti JD.com Inc. dan Pinduoduo Inc., Alibaba sedang mencari-cari enjin pertumbuhan baharu.

Pesta peruncitan pada 11 November ini yang di dedikasi kepada negara yang bebas telah menjadi penting bukan hanya untuk syarikat itu, tetapi juga kepada negara ekonomi nombor dua di dunia.

“Jualan ‘Satu Hari’ kini menjadi pentas untuk Alibaba me­nunjukkan keupayaan melangkaui platformnya,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif, Daniel Zhang pada sidang akhbar di Beijing bulan lalu. Beliau mengambil alih kedudukan itu selepas Ma melepaskan jawatan Pengerusi Eksekutif tahun depan.

Ia adalah idea Zhang untuk menjadikan jualan ‘Satu Hari’ kepada pesta beli-belah sedekad yang lalu. Kini pada tahun ini bazar sehari itu merupakan sambutan terakhir Ma sebagai pengerusi. Zhang kini perlu membuktikan yang beliau mampu meneruskan legasi tersebut.

“Kami fikir bungkusan sebanyak satu bilion akan menjadi acara biasa dalam sehari pada masa depan,’’ kata Zhang.

Lebih setengah bilion orang dijangka mengunjungi laman web Alibaba untuk mencari pengering rambut Dyson, susu formula bayi dan beg Gucci. Alibaba telah berjaya mencatatkan pertumbuhan yang luar jangka selama hampir sedekad, termasuk lonjakan jualan sebanyak 39 peratus pada tahun lalu kepada AS$24.2 bilion (RM100.43 bilion).

Bagaimanapun, terdapat ke­tidaktentuan pada tahun ini ekoran kelembapan ekonomi, deflasi hartanah dan perang dagang dengan Amerika Syarikat akan memberi impak kepada perbelanjaan rakyat China. Ekonomi yang lemah dan hutang isi rumah yang meningkat sedikit sebanyak melemahkan keyakinan pengguna di China. – AGENSI