Nilai barangan kasar (GMV), angka yang menunjukkan jualan di seluruh platform beli-belah gergasi e-dagang China itu, melepasi jualan AS$25.3 bilion (RM105.5 bilion) tahun lepas, yang dicatatkan pada hari berke­naan.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Daniel Zhang berkata, ini me­nunjukkan pertumbuhan 27 peratus berbanding 2017.

“Pembabitan keseluruhan ekosistem Alibaba memboleh­kan jenama kami dan rakan perniagaan berhubung dengan pelanggan seperti yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Untuk masa hadapan, Ali­baba akan terus menerajui evolusi ke arah ekonomi digital dan gaya hidup,” katanya pada sidang media di sini, yang diadakan sempena acara beli-belah dalam talian itu yang juga dikenali sebagai gala beli-belah 11 berganda (11.11).

Katanya, kumpulan ber­kenaan juga akan terus berinovasi menurut kehendak gaya hidup masyarakat yang akan berubah selaras pembangunan teknologi dan model baharu perniagaan.

Zhang percaya, dalam masa 5 dan 10 tahun akan da­tang, acara tahunan 11.11 akan berlainan dan Alibaba akan terus berinovasi untuk me­laksanakan perubahan yang dibawa oleh teknologi baharu,” ­tambah­nya.

Acara beli-belah 24 jam dalam talian yang juga dikenali sebagai­ Single's Day (Satu Hari) itu merekodkan AS$10 bilion (RM41.7 bilion) GMV melalui Ali­pay ha­nya dalam masa satu jam dan 48 minit.

Acara itu turut mencatatkan rekod baharu kerana 6.9 bilion renminbi keseluruhan GMV dilunaskan melalui Alipay dalam satu minit dan 25 saat pertama selepas dimulakan pada jam 12 tengah malam (11 November).

11.11 juga memecah satu lagi rekod kerana mencatatkan 150 bilion renminbi daripada keseluruhan GMV dalam masa 12 jam 8 minit dan 40 saat berbanding tahun lepas (21 jam, 12 minit, 35 saat).

Pada festival 2018 itu, lebih 40 peratus pelanggan membuat pembelian jenama antarabangsa dan 237 jenama yang melepasi 100 juta renminbi GMV, terma­suk jenama seperti Apple, Dyson, Kindle, Estee Lauder, L’Oreal, Nestle, Gap, Nike dan Adidas.

Lazada menyertai 11.11 sebagai sebahagian ekosistem Alibaba, membawakan festival itu kepada pelanggan di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Lebih 180,000 jenama da­ri China dan seluruh dunia menyer­tai acara beli-belah itu.– BERNAMA