Serangan DDoS ialah serangan di mana pelbagai sistem komputer menyerang sasaran, seperti pelayan, laman web atau sumber rangkaian lain, dan menyebabkan penafian perkhidmatan untuk pengguna sumber yang di­sasarkan.

Alibaba Cloud dalam kenya­taan hari ini berkata, pusat itu akan menjadi pelaburan terbarunya selepas ia secara rasmi melancarkan zon ketersediaan kedua, Zon Ketersediaan B, untuk memperluas jejak awan dan meningkatkan kapasiti awan, bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat di dalam dan luar negara.

“Pelancaran Pusat Zon Ketersediaan dan Anti-DDoS Scrubbing Centre, akan membolehkan kami menawarkan keselamatan dan pilihan yang lebih baik untuk pelanggan kami,” kata Pe­ngurus Besar Malaysia, Kenny Tan.
Beliau berkata, zon ketersediaan baharu itu melengkapkan Zon Ketersediaan yang dilancarkan tahun lepas dalam meningkatkan keselamatan awan dan memastikan kesi­nambungan perniagaan menerusi infrastruktur awan yang berdaya tahan.

“Selain memastikan ketersediaan dan daya tahan tinggi, Zon Ke­tersediaan menawarkan modul keselamatan pembayaran perkakasan, pengkomputeran elastik, pangkalan data, rangkai­an dan perkhidmatan pengawasan,” katanya.

Beliau berkata, pelancaran Zon Ketersediaan B akan memudahkan perkongsian pengetahuan de­ngan perusahaan tempatan dan bakat mengenai kaedah menggunakan teknologi Alibaba Cloud bagi mencapai infrastruktur awan yang sangat selamat dan berdaya tahan. – BERNAMA