Menurut syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu, jumlah tersebut melebihi pertumbuhan kapasiti Tempat Duduk Ki­lo­meter Tersedia (ASK) 10 peratus tahun ke tahun memandangkan syarikat memenuhi permintaan perjalanan yang meningkat ketika musim perayaan dan cuti sekolah sepanjang Januari hingga Mac 2018.

Katanya, pada Februari, Air­Asia X Malaysia menambah beberapa kapasiti dari Australia ke pasaran ASEAN dan terus membina jenama di negara tersebut.

“Syarikat meningkatkan fre­­­­­­­ku­ensi penerbangan ke Hangzhou dan Taipei sekali gus me­ngukuhkan pasaran di Asia Utara. AirAsia X Malaysia mula terbang ke Maldives dan Jaipur pada Februari lalu, malah Jaipur merupakan laluan terbaharu yang cukup unik.

“Setakat Mac 2018, rangkaian pesawat AirAsia X Malaysia kekal 22 buah pesawat A330,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi syarikat penerbangan bersekutu, AirAsia X Thailand merekodkan PLF yang tinggi iaitu 94 peratus, tidak berubah berbanding tahun lalu.

Bagi suku semasa, AirAsia X Thailand membawa 503,259 penumpang, meningkat 19 peratus berbanding 423,404 penumpang bagi tempoh sama 2017.

Menurut AirAsia X, tiada penambahan pesawat dalam Air­Asia X Thailand pada suku berkenaan dan rangkaian pesawat kekal enam buah setakat Mac 2018.

“Dalam pada itu, AirAsia X Indonesia merekodkan PLF sebanyak 72 peratus pada suku pertama tahun ini. Jumlah penumpang pula meningkat 100 peratus kepada 124,874 orang dan mengakhiri suku ini de­ngan dua pesawat. Ia menjadikan ke­seluruhan rangkaian pesawat bagi AirAsia X Group sebanyak 30 buah pesawat A330,” katanya.