Menurut Reuters, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes (gambar) me­nerusi akaun Twitternya memberitahu, pihaknya akan mendapatkan kelulusan pada mesyuarat Lembaga AirAsia India untuk memilih bank bagi memulakan proses awal IPO.

Katanya lagi, penganalisis memberikan nilai sifar kepada AirAsia India, namun unit ber­kenaan mempunyai aset yang sangat berharga dan berpotensi besar.

“AirAsia India tidak jauh daripada 20 buah kapal terbang dan potensi untuk IPO,” katanya.

Peraturan di India me­ne­tapkan setiap syarikat pe­nerbangan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20 buah kapal terbang untuk membolehkan mereka meneroka laluan antarabangsa.

AirAsia India yang merupakan usahasama dengan syarikat konglomerat India, Tata Sons mempunyai 14 buah kapal terbang setakat hujung 2017. Perolehan syarikat itu pada tahun lalu di­jangka meningkat dua kali ganda kepada 12 bilion rupee (RM754 juta) dan mencapai 18 bilion rupee (RM1.13 bi­lion) pada 2018.

Fernandes menambah, Air­Asia dalam proses melantik bank untuk mencari rakan kerjasama untuk AirAsia Global Shared Services yang bertanggungja­wab menyediakan perakaunan dan pengurusan data untuk syarikat penerbangannya. – AGENSI